Muzakarah

Tarikh Keputusan: 
16 Dec, 2010
Tarikh Mula Muzakarah: 
15 Dec, 2010
Tarikh Akhir Muzakarah: 
17 Dec, 2010
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-92

Keputusan

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15-17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syarie. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa untuk menjadi seorang peguam syarie, seseorang itu perlu mampu menguasai ilmu al-Quran dan al-hadith, bahasa Arab, Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah s.w.t. agar tanggungjawab yang dipikul disandarkan hanya kepada Allah s.w.t. dan demi kemaslahatan umat Islam dan keadilan menurut perspektif Islam.

Oleh yang demikian, demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai Peguam Syarie berpandukan kepada kaedah-kaedah fiqhiyyah dan peruntukan undang-undang berikut:
 
a. سَدُّ الذَّرِيعَةِ : Kaedah ini merujuk kepada perlunya menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudharatan. Sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik sebagai peguam syarie, ia memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk menguruskan hal ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu syarak. Keadaan ini boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.

b. إِذَا تَعَارَضَ الْمَانِعُ وَالْمُقْتَضَى قُدِّمَ الْمَانِعُ : Apabila bertentangan antara dalil-dalil yang menegah dengan dalil-dalil yang menghendaki, hendaklah diutamakan perkara yang menegah. Larangan melantik orang bukan Islam sebagai peguam syarie perlu diutamakan, walaupun kemungkinan ia mempunyai kebaikan dari suatu segi, tetapi keburukannya perlu diambil kira dan diberi perhatian.

c. المَصْلَحَةُ الْعَامَّةُ تُقَدِّمُ عَلَى الْمَصْلَحَةِ الْخَاصَةِ: Kaedah ini bermaksud maslahah (kebaikan) am perlu didahulukan daripada maslahah khas. Maslahah am atau umum merujuk kepada maslahah umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya. Manakala maslahah khas merujuk kepada kebaikan yang mungkin diperolehi oleh orang tertentu. Dalam situasi hari ini, maslahah orang awam (umat Islam) perlu diutamakan.

d. تَصَرَّفُ الإمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ : Kaedah ini bermaksud tindakan yang dijalankan oleh pemerintah terhadap rakyat bergantung kepada maslahah. Dalam konteks ini, pemerintah berhak membuat keputusan berpandukan kepada kemaslahatan rakyat dengan berlandaskan kepada syariat Islam.

e. Berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa, sekiranya seorang bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai peguam Syarie dan didapati tidak mematuhi etika sebagai Peguam Syarie atau apa-apa prosedur yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah, tiada tindakan yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang boleh diambil ke atas beliau kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam.
 
Tarikh Keputusan: 
3 Dec, 2010
Tarikh Mula Muzakarah: 
3 Dec, 2010
Tarikh Akhir Muzakarah: 
3 Dec, 2010
Oleh: 
Muzakarah Khas

Keputusan

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 3 Disember 2010 telah membincangkan Isu Orang Bukan Islam  Membaca Dan Menterjemahkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran. Muzakarah telah memutuskan:
 
“ Bahawa pada dasarnya bagi tujuan untuk mempelajari, memahami dan mendekatkan diri kepada ajaran Islam atau bagi tujuan untuk menjadikannya panduan hidup di dunia dan akhirat atau bagi tujuan dakwah, Islam tidak pernah menghalang mana-mana pihak termasuk bukan Islam untuk membaca dan mendalami teks-teks suci Islam termasuk al-Quran dan tafsirannya.  Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan ikhlas bagi tujuan tersebut dan bukan untuk kepentingan dan tujuan tertentu/peribadi, apatah lagi jika ianya dilakukan dengan kesalahan samada pembacaan atau huraiannya yang menyimpang dari kehendak sebenar teks-teks tersebut kerana perbuatan seperti ini boleh mencemarkan kesucian al-Quran dan Islam serta sekaligus  menimbulkan keraguan, keresahan dan fitnah kepada masyarakat.
 
Maka dalam situasi yang berlaku di akhir-akhir ini, berdasarkan realiti dan fakta, ahli-ahli muzakarah sebulat suara berpendapat bahawa tindakan pemimpin-pemimpin politik bukan Islam menggunakan teks suci Islam termasuk al-Quran secara sewenang-wenangnya dan tidak menepati maksud yang sebenar di ceramah-ceramah politik, tidak menunjukkan ciri-ciri keikhlasan yang sebenarnya bagi mempelajari Islam.  Oleh itu, perbuatan yang sedemikian boleh mendatangkan penghinaan berterusan terhadap kesucian Islam khususnya al-Quran sekiranya dibiarkan. 
 
Justeru, bersesuaian dengan kaedah Usul al-Fiqh Sadd az- Zarai’, Muzakarah bersetuju bahawa perbuatan orang-orang bukan Islam membaca dan menghuraikan teks-teks al-Quran sewenang-wenangnya mengikut fahaman sendiri  dengan tidak menepati maksud yang sebenar di samping tidak terdapat unsur-unsur keikhlasan dan kejujuran adalah merupakan suatu penghinaan terhadap kesucian al-Quran dan boleh mendatangkan keraguan dan fitnah di dalam masyarakat.  Oleh itu, ianya perlu dihentikan dengan segera.
 
Muzakarah juga menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati agar tidak menyalahgunakan ayat-ayat suci al-Quran demi meraih sokongan atau mendapatkan sesuatu kepentingan.”
Tarikh Keputusan: 
12 May, 1981
Tarikh Mula Muzakarah: 
12 May, 1981
Tarikh Akhir Muzakarah: 
13 May, 1981
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-2

Keputusan

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-2 pada 12 - 13 Mei 1981 telah membincangkan mengenai Hukum Nasyid dan Pancaragam. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
 
  1. Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;
     
  2. Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;
     
  3. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;
     
  4. Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan
     
  5. Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.
     
Tarikh Keputusan: 
11 Mar, 2002
Tarikh Mula Muzakarah: 
11 Mar, 2002
Tarikh Akhir Muzakarah: 
11 Mar, 2002
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-51

Keputusan

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-51 yang bersidang pada 11 Mac 2002 telah membincangkan isu Penyelarasan Kaedah Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
 
  1. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri adalah berdasarkan harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A yang beratnya satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kilogram; dan
     
  2. Bagi beras yang berlainan grednya, hendaklah ditentukan menurut perkiraan satu gantang Baghdad.
Tarikh Keputusan: 
19 Sep, 2000
Tarikh Mula Muzakarah: 
19 Sep, 2000
Tarikh Akhir Muzakarah: 
19 Sep, 2000
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-49

Keputusan

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan isu Menyalurkan Wang Hasil Pelbagai Denda Mahkamah-Mahkamah Syariah Ke Baitulmal Negeri-Negeri Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa denda Mahkamah-Mahkamah Syariah tidak boleh dimasukkan ke Baitulmal Negeri-Negeri. Sebaliknya ia menjadi hasil kerajaan negeri berkenaan.
English Version
 
Transferring the Revenue from Miscellaneous Fines Imposed by the Syariah Courts to the States’ Baitulmal (Public Treasury for Muslims) in Malaysia
 
Decision:
 
The 49thMuzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 19thSeptember 2000 has discussed the issue of the Transferring of the Revenue from Miscellaneous Fines Imposed by the Syariah Courts to the States’ Baitulmal (Public Treasury for Muslims) in Malaysia. The Conference decided that revenue from fines issued by the Syariah Courts is not allowed to be transferred to the States’ Baitulmal. On the contrary, the revenue belongs to the respective State Governments. 
Arabic Translation
تحويل محصول تسديد الغرامات والجزيات التي تصدرها المحاكم الشرعية إلى بيت مال الولاية
 
في 19 من سبتمبر لعام 2000م عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي الجلسة (49) للمباحثة في قضية تحويل محصول تسديد الغرامات والجزيات التي تصدرها المحاكم الشرعية إلى بيت مال الولاية. وأصدر المجلس قراره بأنه لا يمكن تحويل ذلك المحصول المالي إلى بيت مال الولاية، لأن هذ المحصول هو محصول خاص وتابع لحكومة الولاية المعنية.  
 
Tarikh Keputusan: 
3 Apr, 2000
Tarikh Mula Muzakarah: 
3 Apr, 2000
Tarikh Akhir Muzakarah: 
3 Apr, 2000
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-48

Keputusan

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 April 2000 telah membincangkan Ajaran Kumpulan Al-Mas Syed Mohamad Al-Masyhor. Muzakarah telah memutuskan bahawa ajaran dan amalan Syed Mohamad Al-Masyhor Al-Mas didapati menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.
English Version
 
Teachings of the Al-Mas Syed Mohamad Al-Masyhor Sect

Decision:

The 48th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 3rd April 2000 has discussed the teachings of the Al-Mas Syed Mohamad Al-Masyhor Sect. The Conference decided that the teachings and practices of Syed Mohamad Al-Masyhor Al-Mas deviate from the teachings of Islam. The Sect’s followers must repent at once.
 
Arabic Translation
تعاليم فرقة المس (سيد محمد المشهور)
 
في الاجتماع نفسه المنعقد في 3 من أبريل لعام 2000م، ناقش المجلس قضية تعاليم فرقة المس التي يقودها سيد محمد المشهور. فأصدر قراره بأن أعمال وممارسات هذا الرجل تتناقض مع التعاليم الإسلامية. ويجب عليه وعلى أتباعه الرجوع عما هم عليه والتوبة إلى الله.
 
Tarikh Keputusan: 
24 Sep, 1984
Tarikh Mula Muzakarah: 
24 Sep, 1984
Tarikh Akhir Muzakarah: 
25 Sep, 1984
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-8

Keputusan

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24 - 25 September 1984 telah membincangkan Gelatin Dalam Ubat. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang adalah diharuskan kerana dharurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan.
English Version
 
Gelatine in Medicine

Decision:

The 8th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 24th -25th September 1984 has discussed gelatine in medicine. The Committee decided that gelatine in medicine is permissible because of necessity (darura). If there is any other alternative substance that can prevent medicine from easily deteriorating, hence the gelatine is no longer permitted.
 
Keterangan/Hujah: 
 
Gelatin ialah sejenis protein terbitan yang larut dalam air, dihasilkan menerusi proses hidrolisis separa ke atas collegen. Collegen ialah unsur protein yang terdapat dalam tisu-tisu konektif haiwan. Kulit babi, kulit lembu, urat-urat dan tulang binatang merupakan bahan mentah utama untuk menghasilkan gelatin.
 
Menurut Encyclopedia Of Chemical Technologi, (Edisi Ke-2, Vol.10, 1960) kebanyakan gelatin jenis A (proses asid) yang dikeluarkan di Amerika Syarikat diperbuat daripada kulit babi. Di Eropah kulit anak lembu dan tulang lembu merupakan bahan mentah utama. Penggunaan kulit babi semakin meningkat kerana proses pengeluaran gelatin darinya lebih cepat.

Pada masa ini kapsul yang terdapat di pasaran atau di hospital dan klinik-klinik kerajaan adalah diperbuat daripada campuran bahan gelatin yang diimport dari luar Negara yang digunakan sebagai bahan untuk menahan ubat dari rosak.

Didalam mesyuarat kali ke-5 Jawatakuasa Mengkaji Bahan Makanan dan Gunaan Orang Islam, Pusat Penyelidikan Islam, Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Ugama) pada 11 November 1982 telah diputuskan bahawa:
 
“Gelatin adalah sejenis bahan yang diperbuat daripada berbagai jenis haiwan seperti babi, lembu dan sebagainya. Oleh kerana bahan tersebut pada masa ini diperbuat diluar negeri iaitu yang tidak diketahui sama ada dari babi, bangkai binatang yang halal dan sebagainya, maka kedudukanya adalah diragui. Mengikut hukum syarak jika sekiranya satusatu perkara itu diragui samaada halal atau haram maka ianya terjatuh dalam perkara syubahat makan hukumnya adalahharam”.
 
Menurut Jumhur Ulama’, penggunaan bahan-bahan yang haram atau yang bercampur dengan najis untuk tujuan perubatan adalah haram. Walaubagaimanapun menggunakan ubat dari benda yang najis selain dari benda yang memabukkan dalam keadaan dharurat adalah harus sebagaimana pendapat Ibnu Ruslan (Mazhab Shafie) dalam Kitab Sunan Abi Daud. Pendapat ini berlandaskan kepada Hadith al-‘Urniyyin yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh Sahabat meminum air kencing unta membuat ubat. Hadith ini merupakan kebenaran khas dimana umumnya adalah diharamkan berubat dengan benda yang haram kecuali sekiranya dharurat di mana tiada bahan lain yang boleh menggantikannya.
Tarikh Keputusan: 
11 Apr, 1984
Tarikh Mula Muzakarah: 
11 Apr, 1984
Tarikh Akhir Muzakarah: 
12 Apr, 1984
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-7

Keputusan

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
 
  1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
     
  2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  3. Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
     
  4. Tapai halal dimakan.
     
  5. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
     
  6. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
English Version
 
Alcohol From Islamic Point of View

Decision:

The 7th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 11th -12th April 1984 has discussed alcohol from Islamic point of view. The Committee has decided that:
 
1. All liquor contains alcohol, but not all alcohol is liquor. Alcohol produced from liquor process is regarded as najis (ritually impure) but not alcohol produced from other than liquor process. Both types however are prohibited to be consumed.
 
2. Soft drink produced in the same way of liquor production and contains either little amount of alcohol or the alcohol has been distilled is prohibited to be consumed

3. Soft drink produced not to become liquor or intoxicants item and produced not in the same process of liquor is lawful
 
4. Tapai (fermented rice) is lawful to be eaten
 
5. Alcohol produced as by product in food process is not najis and can be consumed
 
6. Medicines and fragrances containing alcohol are lawful
 
Tarikh Keputusan: 
11 Apr, 1984
Tarikh Mula Muzakarah: 
11 Apr, 1984
Tarikh Akhir Muzakarah: 
12 Apr, 1984
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-7

Keputusan

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan mengenai Hukum Penyembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Muzakarah telah memutuskan bahawa sembelihan ahli kitab yang asli boleh dimakan oleh orang Islam dengan syarat penyembelihan mengikut kaedah-kaedah yang sah mengikut syarak.
English Version
 
The Ruling on Animals Slaughtered by the People of the Book (Jews and Christians)

Decision:

The 7th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 11th-12th April 1984 has discussed the Ruling on Animals Slaughtered by the People of the Book (Jews and Christians). The Conference decided that animals slaughtered by the original People of the Book can be consumed by Muslims with the condition that the slaughter is performed according to the legal methods prescribed by the Laws of Islam.
 
Arabic Translation
الحكم في أكل ذبيحة أهل الكتاب (اليهود والنصارى)
 
في 11-12 من أبريل لعام 1984م عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي الجلسة (7) للمباحثة في قضية أكل ذبيحة أهل الكتاب. وأصدر المجلس قراره بجواز أكل ذبيحة أهل الكتاب الأصليين بشرط أن يكون الذبح وفقاً لقواعد الذبح في الشريعة الإسلامية.
 
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 
Tarikh Keputusan: 
1 Jul, 2002
Tarikh Mula Muzakarah: 
1 Jul, 2002
Tarikh Akhir Muzakarah: 
1 Jul, 2002
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-52

Keputusan

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Pindaan Kepada Akta Penjagaan Budak 1961 Hak Sama Rata Kepada Ibu-Ibu Pemakaian Kepada Orang-Orang Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa pindaan kepada Akta Penjagaan Budak 1961 Hak Sama Rata Kepada Ibu-Ibu Pemakaian Kepada Orang-Orang Islam adalah bertentangan dengan hukum Islam dan disarankan agar dibuat kajian lanjut secara mendalam.
English Version
 
Amendment to the Guardianship of Infant Care Act 1961 Equal Rights to Mother that applies to Muslims
 
Decision:

The 52nd Conference (muzakarah) of the Fatwa Committee of National Council for Islamic Religious Affairs held on 1st July 2002 has discussed amendment to the Guardianship of Infant Care Act 1961equal rights to mother that applies to Muslims. The Committee has decided that amendment to Child Care Act 1961 equal rights to mother that also applies to Muslims is contradictory to Shariah, hence further in-depth research should be conducted.
 
Arabic Translation
تعديلات على قانون رعاية الطفل لعام 1961م مساواة الحقوق للأم، والملابس للمسلمين
 
في الأول من يوليو لعام 2002م عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي الجلسة (52) لمناقشة قضية تعديلات على قانون رعاية الطفل لعام 1961م مساواة الحقوق للأمهات، وإجرائه على المسلمين. وأصدر المجلس قراره بأن هذه التعديلات تتعارض مع أحكام الشريعة الإسلامية. ولابد من إعادة النظر والدراسة فيها بشكل دقيق.
 
Syndicate content