Akidah

Pindaan Fatwa Tentang Ajaran Ahmadiah/Qadiani

Tarikh Keputusan: 
29 Aug, 1999
Keputusan: 
 
Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telah menjadi murtad (keluar dari Agama Islam),akibatnya dari segi Hukum syara' dan Undang-Undang Sivil ialah :-

(a) Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984;

(b) Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya;

(c) Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat kerabat Muslimnya; dan

(d) Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembangaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperolehi oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan, mengikut ,mana berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
 

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
17 Aug, 2001
Nombor Rujukan: 
MUFTI. Sel. 500-2; PU. Sel. AG

Fatwa Tentang Ajaran Mohd Nordin Bin Putih

Tarikh Keputusan: 
15 Sep, 1995
Keputusan: 
 
(1) Ajaran Mohd Nordin bin Putih didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

(2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Mohd Nordin bin Putih di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata"alla.

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
28 Sep, 1995
Nombor Rujukan: 
[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.
Akta/Enakmen: 
Sel.P.U.32.

Fatwa Tentang Tarikat Naqsyabandiah Kadiran Yahya

Tarikh Keputusan: 
21 Aug, 1995
Keputusan: 
 
(1) Amalan Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya mempunyai unsur-unsur amalan yang membawa syirik dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

(2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata"alla.
 

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
14 Sep, 1995
Nombor Rujukan: 
JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.S
Akta/Enakmen: 
Sel.P.U.22.

Fatwa Tentang Golongan Anti-Hadith

Tarikh Keputusan: 
19 Oct, 1995
Keputusan: 
(1) BAHAWA

(a) Buku:

(i) 'Hadis Satu Penilaian Semula '; dan

(ii)'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik',yang ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) Buku:


(i) 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu' dan

(ii)'Hadith di dalam al-Quran', yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) Buku 'Bacaan' yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman

(d) Buku'The Computer Speaks-God"s Message to The World' yang ditulis oleh Dr.Rashad Khalifa; dan

(e) risalah 'Iqra' terbitan Jemaah al-Quran Malaysia.

Adalah mengandungi antara lain, ajaran dan fahaman yang menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah s.a.w.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina Al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Al-Quran. Oleh yang demikian, buku-buku dan risalah itu adalah mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan 'aqidah, Syariah dan akhlak Islam.

(2) OLEH YANG DEMIKIAN;


(a) mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah yang dinyatakan dalam perengan (1) adalah murtad ;

(b) percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran, penyebaran atau pengedaran mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1) termasuk-


(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku atau risalah itu, pada atau atas apa-apa bahan,
(iv) sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya, atau melalui apa-apa media, adalah haram;

(c) pengajaran, pembelajaran, pengamalan dan penyebaran ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1) adalah haram;

(d) adalah haram bagi orang Islam menjadi anggota atau memimpin atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan mana-mana kumpulan yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1).
 

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
23 Nov, 1995
Nombor Rujukan: 
JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.S
Akta/Enakmen: 
Sel.P.U.46.

Tarian Bubu

Tarikh Keputusan: 
3 Mar, 2005
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 22 Muharram 1425 bersamaan 3 Mac 2005 buat kali ke 165 bersetuju bahawa tarian bubu menyerupai perbuatan kufur/syirik kerana memuja patung.  
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
165

Fatwa Tentang Buku 'Hadis Satu Penilaian Semula'

Tarikh Keputusan: 
21 Aug, 1995
Keputusan: 
 
(1) Buku 'HADIS SATU PENILAIAN SEMULA' yang ditulis oleh Kassin Ahmad didapati mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam dan oleh itu adalah diharamkan

(2) Orang Islam dilarang mengamalkan apa-apa ajaran, pandangan atau fahaman yang terkandung dalam buku itu.

(3) Orang Islam dilarang menyimpan, menyalin atau memberikan ceramah tentang isi kandungan buku itu.

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
14 Sep, 1995
Nombor Rujukan: 
[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.
Akta/Enakmen: 
Sel.P.U.21.

Fatwa Tentang Ajaran Haji Banuar Bin Roslan

Tarikh Keputusan: 
20 Jul, 2000
Keputusan: 
(1) Ajaran Haji Banuar bin Roslan didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati :

(a) Mencampuradukkan antara amalan kebatinan dengan agama untuk menarik perhatian seperti ilmu sihir;

(b) Haji Banuar bin Roslan mendakwa tidak perlu sembahyang Jumaat jika ada urusan yang lebih penting dan semua sembahyang fardhu boleh dijamakkan.

(c) Haji Banuar bin Roslan mengaku telah menerima Ilmu Laduni terus dari Allah di Kaabah semasa mengerjakan haji; dan

(d) Mengeksploitasikan agama untuk kepentingan peribadi seperti menggunakan kuasa sihir-seluruh pengikut diminta patuh dan mengeluarkan harta benda seperti wang ringgit kepada guru sebagai satu pengorbanan.

Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

(2) Orang yang telah mengambil ijazah atau mengamalkan ajaran Haji Banuar bin Roslan hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata"ala.

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
5 Jul, 2001
Nombor Rujukan: 
MUFTI.Sel. 500-2; PU. Sel. AGM
Akta/Enakmen: 
Sel.P.U.17.

Fatwa Tentang Tarikat Al-Hasaniah

Tarikh Keputusan: 
19 Feb, 2002
Keputusan: 
(1) Tarikat Al-Hasaniah adalah diharamkan kerana menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati mempunyai sifat-sifat seperti berikut :

1. Guru mempunyai cahaya yang kuat dari Rasulullah. Cahaya itu akan diberikan kepada murid-murid kanan. Dengan cahaya itu segala hijab akan terbuka dan boleh menembusi alam ghaib seperti Alam Barzakh,Alam Roh dan Alam Jin. (Di dalam tape rakaman yang bertajuk 'Pengembaraan ke Sabah', Bahagian 1 ada dipaparkan perbualan di antara Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul dengan allahyarham abang kepada Abdul Halim).

2. Ahli-ahli kanan terikat ini telah mendakwa bahawa mereka pernah dibawa oleh guru mereka untuk melawat Syurga, Neraka dan Alam Mahsyar.

3. Mereka juga mendakwa boleh membuat tempahan untuk memasuki Syurga yang teratas dan mampu menempah istana di dalam syurga dan akan dijodohkan semula bersama isteri masing-masing ketika di syurga oleh guru mereka.

4. Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati juga telah mendakwa beliau dan gurunya boleh menyelamatkan mana-mana keluarga dari kalangan ahli tarikatnya agar tidak akan diseksa dengan seksaan kubur jika dimaklumkan kepada guru.

5. Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati juga pernah mengumumkan bahawa tarikat yang dibawa olehnya merupakan tarikat yang menegakkan kebenaran sepertimana yang berlaku pada kurun ke-15.

6. Dalam tape rakaman yang bertajuk 'Pengembaraan ke Sabah', Bahagian 1 ada memaparkan kisah di mana ketika Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati sedang mengambik wuduk, beberapa orang pengikutnya sanggup membasuh muka dan meminum sisa air wuduk gurunya ketika merekaberada di dalam Gua Masai, Sabah.

7. Guru telah mensyaratkan agar murid-muridnya menyebut nama guru berulang-ulang dan hendaklah membayangkan wajah guru ketika berdoa.

8. Barangsiapa mengasingkan diri (bersuluk) dan tidak berkata-kata selama 40 hari melainkan hanya mengingati Allah S.W.T. akan dianugerahkan Nur Cahaya dalam hatinya.

9. Ajaran tarikat ini juga memerintahkan agar pengikutnya melakukan iktikaf di masjid selama 40 hari dengan syarat tidak boleh berkata-kata dan hendaklah memalingkan muka apabila melihat orang lain dan ketika iktikaf maka tidak boleh lagi keluar dari kawasan iktikaf walau apa pun terjadi seperti keluarga sakit mahupun mati.

10. Dalam tape rakaman yang bertajuk 'Mengenal Diri' Oleh Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati, pernah menyebutkan kepada pengikutnya dengan mengatakan bahawa ' Kalau tak kenal guru, tak masuk syurga semasa di Padang Mahsyar kelak. Oleh itu, semua orang seharusnya mengamali dan mengikut ajaran ini sekiranya seseorang itu inginkan keselamatan dunia dan akhirat termasuk para alim Ulama" yang ada pada hari ini.'

11. Guru menegaskan bahawa asal kejadian manusia adalah daripada Nur Muhammad.

12. Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati dan pengikutnya percaya bahawa pengasas tarikat mereka yang bernama Ghulam Hasan Al-Bikangi telah diberikan sebuah kitab Al-Quran oleh Rasulullah sendiri pada tahun 1960 dalam keadaan sedar. Ia berlaku ketika Haji Ghulam Hasan Al-Bikangi pergi menunaikan haji ke Mekah dan peristiwa ini berlaku ketika pengasas tarikat ini dijemput oleh Rasulullah masuk ke makam Baginda di Madinah. Lalu Baginda memberikan seutas tasbih, sebuah kitab Al-Quran dan wirid amalan sahaja yang dapat diwariskan kepada Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati sedangkan tasbih tersebut telah hilang kerana dilarikan oleh seekor kucing hitam semasa kematian pengasas Tarikat Haji Ghulam Hasan Al-Bikangi meninggal dunia.

13. Dalam tape rakaman yang bertajuk 'Pengembaraan ke Sabah', Bahagian 1 ada memaparkan kisah Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati diminta oleh salah seorang pengikutnya yang bernama Abdul Halim yang ingin berdialog dengan abangnya yang telah meninggal dunia. Ketika itu, Abdul Halim dilihat telah memberikan nama abangnya dan lokasi pengkebumiannya kepada gurunya sambil dibantu oleh Haji Ibnu. Lalu Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati berkata bahawakeadaan roh abang kepada Abdul Halim dalam keadaan hitam dan tidak bercahaya kerana tidak ada Nur Cahaya kepada roh tersebut. Setelah itu, kelihatan Abdul Halim sedang berdialog dengan abangnya melalui perantaraan yang dipikul oleh Haji Ibnu dan Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati.

14. Mereka juga memiliki sebuah potret yang menggambarkan wajah Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa Allah memerintahkan Baginda menyembelih Nabi Ismail A.S. dalam pada itu didapati wajah malaikat Jibrail sedang menurunkan wahyu kepada Baginda.

15. Mereka juga mempunyai sebuah gambar yang dilukis dengan water calour yang menunjukkan lambang rasmi ajarannya yang didakwa oleh gurunya diwariskan oleh pengasas ajaran tarikat. Lukisan tersebut memaparkan sebuah kitab Al-Quran, seutas tasbih, tulisan tarikat, bunga ros merah, putih dan sebuah Gua Madai sebagai Gua Hira" Di Malaysia.

16. Mereka juga melakukan perbuatan Bida"ah Dhalalah, di mana ajaran mereka mensyariatkan boleh melakukan laungan azan seramai 4 orang di atas kubur.

17. Mereka juga mempercayai kubur-kubur yang mempunyai keramat, contohnya sebuah kubur yang dikatakan kubur Haji Ghulam Hasan Al-Bikangi yang mempunyai keramat yang bertaraf wali.

Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan tarikat ini.

(2) Orang yang telah mengambil ijazah atau mengamalkan Tarikat Al-Hasaniah hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH Subhanalu Wata"ala.

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
28 Aug, 2003
Nombor Rujukan: 
Mufti Sel. 500-2; P.U. Sel.AGM
Akta/Enakmen: 
Sel. P.U. 29.

Fatwa Mengenai Pengharaman Buku Fahaman Dan Amalan Ibrahim Babu a/l Babu Kamal Bacha

Tarikh Keputusan: 
30 Sep, 2005
Keputusan: 
1) Bahawa isi kandungan Buku Fahaman Dan Amalan Ibrahim Babu a/l P.M Kamal Bacha adalah diharamkan di Negeri Pulau Pinang.
2) Fahaman dan amalan ini, perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Pulau Pinang kerana percanggahan yang terdapat di dalam buku tersebut meliputi keterangan-keterangan dalam isi kandungannyayang mana antara lain seperti berikut:
2.1 Kita harus ikut Al-Quran dan jangan ikut kitab lain (Hadis) (petikan muka    
           surat:1).
2.2 Visi Al-Quran sudah tukar dari kitab asal seperti kitab Taurat (petikan muka
            surat: 15).
2.3 Seluruh umat Islam sudah jadi murtad kerana mempercayai Nabi Muhammad
            s.a.w (petikan muka surat: 21)
2.4 Orang Arab tipu orang yang pergi mengerjakan ibadat haji dengan Hajarul    
Aswad iaitu batu Syurga (petikan muka surat: 34).
2.5 Arah kiblat yang betul adalah Agama Islam dan jangan ikut arah kiblat untuk
sembahyang (petikan muka surat: 52).
2.6 Israk dan Mikraj ketika Nabi pergi beliau tidak pergi ke Masjid Al-Aqsa sebab
masjid itu tiada pada masa itu (petikan muka surat: 59).
2.7 Mengucap dua kalimah syahadah tiada dalam Al-Quran (petikan muka surat:
99).
2.8 Jangan keluarkan zakat (petikan muka surat: 91).
2.9 Sembahyang Jumaat tiada (petikan muka surat: 91).
2.10 Sembahyang Tahajjud tiada (petikan muka surat: 99).
2.11 Tiada sunat berkhatan dalam Islam (petikan muka surat: 91/99).
2.12 Sembahyang lima waktu tiada dalam Al-Quran (petikan muka surat: 99).
2.13 Waktu berbuka puasa bukan pada waktu Maghrib (petikan muka surat: 99).
2.14 Malaikat Jibrail hanya sekali sahaja datang memberi wahyu kepada nabi
Muhammad s.a.w (petikan muka surat: 99).
2.15 Jangan membaca selawat (petikan muka surat: 99).
2.16 Jangan ikut Mazhab (petikan muka surat: 115).
2.17 Khalifah tidak dapat diterima (petikan muka surat: 96).
2.18 Hadis Muslim adalah tipu (petikan muka surat: 100)
2.19 Pada zaman ini tiada Muslim yang seperti disebutkan (petikan muka surat:
115).
3) Oleh itu, mana-mana orang Islam yang berpegang kepada fahaman dan amalan kandungan tersebut adalah dilarang sama sekali kerana ia bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang meliputi:
a) Mengajar, mengamal dan menyebarkan fahaman dan amalan kandungan buku  tersbut;
b)    Menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran fahaman dan amalan tersebut.
 
 
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
27 Oct, 2005
Nombor Rujukan: 
PU/PP 200 Jld.1
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 1993

Nas Atau Dalil Keupayaan Masuk Islam Dan Pemelukkan Agama Islam Oleh Kanak-kanak

Tarikh Keputusan: 
25 Nov, 1989
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta untuk memberikan nas atau dalil berkenaan dengan kaifiat masuk Islam dan pemelukkan agama Islam oleh Kanak-kanak.

Maka Jawatankuasa perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.

Keputusan: 
 
1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam.

2. Mengikut Seksyen 67 dan 70, Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 menyebutkan :

Seksyen 67 - Bagi maksud bahagian ini, seorang yang bukan beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika ia telah mencapai umur baligh mengikut hukum Syara' dan sempurna akal.

Seksyen 70 - Jika pada saat ia memeluk agama Islam seseorang muallaf samada lelaki atau perempuan, ada mempunyai anak kandungan yang belum mencapai umur baligh mengikut hukum syara', kanak-kanak itu adalah memeluk agama Islam pada saat yang sama.

3. Dan dihukumkan dengan Islam kanak-kanak dan orang gila yang lain daripada lakid kerana mengikut salah seorang daripada dua ibu bapanya.


(Rujuk kitab : Matlaul Badrin wal majmuk albahri, karangan AI-Abidil fakir Alfani Muhammad bin Ismail Daud Fatani, muka surat 132.

4. (1) Berdasarkan nas-nas yang tersebut di atas nyatalah tanda baligh bagi kanak-kanak adalah seperti berikut :
Genap umumya 15 tahun bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan atau bermimpi keluar mani bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan manakala ia telah berumur 9 tahun atau haidh bagi kanak-kanak perempuan apabila ia telah berumur 9 tahun.Tanda-tanda baligh tersebut adalah menunjukkan mereka telah mampu membuat pemilihan dan mampu melaksanakan perintah Allah.

(2) Manakala kanak-kanak kecil yang belum baligh apabila kedua ibubapanya atau salah seorang daripada keduanya memeluk agama Islam, maka ia dengan sendirinya mengikut Islam, kerana mendekatkan hubungan mereka.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Syndicate content