Akidah

Fatwa Mengenai Orang Islam Yang Cuba Keluar Dari Agama Islam (Murtad) Di Malaysia Umumnya dan Negeri Kelantan khususnya

Tarikh Keputusan: 
24 Aug, 2003
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 24 Ogos 2003 telah membincangkan fatwa mengenai orang Islam yang cuba keluar dari Agama Islam (Murtad) di Malaysia umumnya  dan Negeri Kelantan khususnya . Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
 

1. Tiada seseorang pun yang telah diakui beragama Islam boleh mengaku bahawa dia bukan Islam melainkan setelah mahkamah memberi pengesahan sedemikian.

2. Sebelum mahkamah membuat pengesahan, seseorang itu hendaklah dianggap beragama Islam dan segala perkara yang berkaitan dengan Agama Islam adalah terkena ke atasnya.

3. Jika seseorang Islam dengan sengaja cuba, samada dengan perkataan atau perbuatan hendak keluar dari agama Islam, Mahkamah bolehlah, jika berpuas hati, memerintahkan orang itu supaya ditahan di pusat bimbingan Islam untuk tempoh tidak melebihi 36 bulan bagi tujuan pendidikan dan orang itu hendaklah diminta bertaubat mengikut hukum syara'.

4. Pegawai penjaga hendaklah menyerahkan laporan kemajuan kepada mahkamah pada setiap bulan.

5. Pusat bimbingan Islam hendaklah diwartakan sebagai pusat tahanan di dalam warta.
Mesyuarat juga menasihati pihak yang diberi kuasa mengikut undang-undang supaya mewujudkan Pusat Bimbingan Islam seperti yang diperuntukan di bawah seksyen (102)(3) Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Ajaran dan Ilmu Kebatinan, Tahap Diri ( kuasa ghaib)

Tarikh Keputusan: 
2 Nov, 1987
Keputusan: 
Bahawa ajaran dan amalan ilmu kebatinan, tahan diri (kuasa ghaib) seperti yang diajar dan diamalkan oleh :

1. Nasrul Haq
2. Budi suci
3. Al Watan
4. Budi suci sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat sunda pukulan ghaib
7. Tusuk hikmat
8. Ilmu kebatinan
9. Potong maya
10. Naluru
11. Kaula
12. Haqqulah
13. Shahadah Rampai
14. Wali suci
15. Kalimat sakti
16. Silat pukulan jarak jauh
17. Ilmu tenaga dalam hikmat
18. Zikir sha'ban
19. Islam Haq
20. Asal wujud
21. Garis laksamana
22. Al Ma'zat dan seumpamanya;


I. Bukan daripada ajaran Islam bahkan menyeleweng daripada akidah Islamiah oleh itu orang Islam ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya di Wilayah Persekutuan.

II. Ahli-ahli Ilmu Kebatinan yang telah bersumpah Syarie hendaklah Menghanaskannya (membatalkan sumpahnya).

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
10 Dec, 1987
Nombor Rujukan: 
JAWI/A/145; PN. (PU²)197/II
Akta/Enakmen: 
Seksyen 41- Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Bagi Negeri Selangor

Hukum Membina Patung Dan Perarakan Patung Binatang Yang Bernyawa.

Tarikh Keputusan: 
10 Apr, 2002
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 10 April 2002 telah membincangkan fatwa mengenai membina patung dan perarakan patung binatang yang bernyawa. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:

1. Berdasarkan perspektif maqasid tanpa melihat kepada sebarang perincian pandangan, dirumuskan bahawa aktiviti pembuatan dan pemilikan patung atau objek samada berjisim atau tidak, dengan disertakan motif penyembahan, pemujaan atau sebarang motif yang bertentangan dengan maqasid syar"iah yang enam iaitu penjagaan agama, nyawa, akal, nasab, harta dan maruah maka hukumnya adalah haram dan wajib dihindarkan.
Namun begitu, pertimbangan daripada fiqh furu" wajar dihormati sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Imam as-Sya"rani dalam mizannya.
Justeru itu, sekiranya persoalan pembuatan patung dan pemilikannya bebas daripada pertentangan dengan nilai-nilai maqasid yang disebut di atas, maka kenyataan-kenyataan berikut perlu dipegang :

a. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang berjisim secara lengkap anggota zahirnya adalah haram berasaskan zahir hadis dan prinsip sadduz-Zarai".(سد الزرائع ).

b. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang berjisim tetapi tidak lengkap anggota zahirnya yang merupakan anggota utama yang berkaitan nyawa dan kehidupan seperti kepala dan sebagainya, maka hukumnya adalah makruh tatapi masih di bawah lingkungan perkara-perkara yang harus.

c. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang sempurna tetapi berasaskan kemaslahatan yang mu"tabar di sisi Syara' maka hukumnya adalah dibolehkan seperti pembuatan dan pemilikan patung untuk tujuan pendidikan seperti anatomi badan manusia yang lengkap untuk pengajian biologi atau permainan kanak-kanak dan sebagainya

2. Tentang hukum perarakan burung Patalawati, maka hukumnya adalah mengikut perincian berikut :

a. Perarakan yang menerapkan unsur pemujaan adalah khurafat dan boleh membawa terjejasnya aqidah.

b. Kera"ian dan perarakan yang bersifat demikian wajar dielakkan samada dari segi penganjuran dan penyertaan.

c. Kalaupun kera"ian dan perarakan sedemikian tidak mengandungi unsur khurafat dan syirik tetapi perkara berkenaan tidak memberi sebarang kesan positif kepada mereka yang terlibat dengannya atau kepada yang menyaksikannya, maka hukumnya adalah termasuk di bawah perkara al-Lahwu ( اللهو ) yang makruh dan perlu dielakkan demi pertumbuhan dan pembangunan iman individu dan masyarakat.

d. Sekiranya kegiatan berkenaan memberi kesan negatif dan mudharat kepada agama dan dunia seperti wujud unsur pembaziran maka hukumnya adalah haram.

 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Berkenaan Dengan Wanita Menyerupai Lelaki

Tarikh Keputusan: 
18 Mar, 2009
Keputusan: 
 
Hukum bagi wanita yang mempunyai penampilan atau mempunyai gerak laku seperti lelaki adalah haram di sisi Islam.
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
2 Apr, 2009
Nombor Rujukan: 
PMWP/100/20 Klt. 2; PN(PU²)530/V
Akta/Enakmen: 
Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993

Fatwa berkenaan dengan senaman Yoga dan perkara yang berkaitan dengannya. (W/P Kuala Lumpur)

Tarikh Keputusan: 
18 Mar, 2009
Keputusan: 
 
(a) Senaman Yoga berasal daripada Masyarakat Hindu sejak sebelum masihi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram menurut syariat Islam dan dilarang beramal dengannya.

(b) Apa-apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) adalah haram menurut syariat Islam dan dilarang orang Islam beramal dengannya.

(c) Mana-mana orang tidak boleh memiliki, menyebarkan, mengedarkan atau menerbitkan apa-apa buku, majalah, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem atau rakaman audio, khidmat pesanan ringkas dan e-emel yang berkaitan dengan amalan, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan (b).

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
2 Apr, 2009
Nombor Rujukan: 
PMWP/100/20 Klt. 2; PN(PU²)530/V
Akta/Enakmen: 
Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993

Kedudukan Ajaran Azhar Bin Wahab (Pengasas Al-Mansur Holdings Sdn Bhd)

Tarikh Keputusan: 
6 Sep, 2005
Huraian Tajuk/Isu: 
Mesyuarat bersetuju memutuskan syor Sighah selari dengan Sighah Keputusan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-57 pada 10 Jun 2003 seperti berikut :
Keputusan: 
i. Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar, dan;

ii. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamal Ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
LFNS KE-08

Ajaran Abdul Rahim bin Abdul Razak

Tarikh Keputusan: 
29 Mar, 2004
Keputusan: 
1.  Bahawa Ajaran Abdul Rahim bin Abdul Razak didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam.
 
2.  Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan ajaran Abdul Rahim bin Abdul Razak wajib bertaubat.
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
15 Apr, 2004
Nombor Rujukan: 
PMWP/100/20; PN. (PU²)530/III
Akta/Enakmen: 
Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993

Ajaran Azhar bin Wahab

Tarikh Keputusan: 
26 Dec, 2003
Keputusan: 
1. Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan   menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar; dan   2. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan Ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
29 Jan, 2004
Akta/Enakmen: 
PU/PP 3200 Jld.1

Resolusi Muzakarah Ulama

Tarikh Keputusan: 
4 Jul, 2006
Keputusan: 
Mesyuarat bersetuju menerimapakai resolusi Muzakarah Ulama" 2006 pada 14-16 Jamadil Awwal 1427H/11-13 Jun 2006 bahawa:

'Aliran pemikiran Islam liberal dan fahaman pluralisme agama (menyamakan semua agama/mengakui kebenaran semua agama) sebagai penyimpangan serius dan berbahaya. Ia dalah sebahagian daripada agenda al-ghazw al-fikriyy (serangan pemikiran) yang didalangi oleh kaum orientalis dan dilatari oleh pengaruh faham asing seperti sekularisme, modenisme dan pascamodenisme. Pemikiran liberal dan plural dalam konteks tersebut jelas menggugat pokok-pokok ajaran Islam serta mencemarkan kemurnian dan ketulinannya, termasuk:

a) Mencemarkan kemurnian tawhid (teras "aqidah Islamiyyah).

b) Menggugat kemutlakan al-Qur"an sebagai kitab suci, wahyu Ilahi (kalamullah).

c) Menggugat martabat kerasulan dan keluhuran peribadi Nabi Muhammad sallallahu "alayhi wasallam.

d) Menggugat autoriti al-Sunnah dan ijma" ulama".

e) Menggugat keunggulan syari"at dan kedaulatannya.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Nur Muhammad Menurut Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Tarikh Keputusan: 
22 Jan, 2002
Huraian Tajuk/Isu: 
Setelah dibincang ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :
Keputusan: 
i. Tidak semua fahaman dan pegangan kepada 'Nur Muhammad' itu sesat, kerana sebahagian ulama muktabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka 'Nur Muhammad' adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah s.w.t bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan

ii. Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan sengaja memberikan tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur Muhammad' ini diciptakan daripada 'nur allah' atau denga tafsiran yang seolah-olah 'Nur Muhammad' itu adalah satu juzuk daripada zat Allah s.w.t, yang mana tafsiran ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah Islam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan penafsiran sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan dan semestinya dibendung

iii. Konsep 'Nur Muhammad' sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasmuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah

iv. Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep 'Nur Muhammad' itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep 'Nur Muhammad' secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat
 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
KLFNS/3/6/2002
Syndicate content