Akidah

Membendung Pengaruh Syiah

Tarikh Keputusan: 
9 Jan, 2012
Keputusan: 
 
  1. Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Negeri Johor hendaklah mengikut undang-undang dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahlis Sunnah Wal Jama’ah dari segi aqidah berpandukan mazhab Al-Asya’irah dan Al-Maturidiah, Syariah berpandukan mazhab Syafi’e. Walaubagaimanapun tiga mazhab yang mu’tabar iaitu Hanafi, Maliki dan Hanbali boleh dirujuk dan digunakan dalam menyelesaikan masalah-masalah tertentu dan dari segi akhlak hendaklah berpegang dengan akhlak Islamiyyah.
     
  2. Bahawa Fahaman dan Ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahlis Sunnah Wal Jama’ah yang boleh menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan Negara.
     
  3. Fahaman dan Ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Johor Darul Ta’zim berdasarkan terdapat beberapa pencanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut Aqidah, Syariah dan Akhlaq.
     
  4. Oleh itu, mana-mana orang Islam atau kumpulan adalah dilarang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman tersebut kerana ia bertentangan dengan pegangan Ahlis Sunnah Wal Jama’ah. Larangan ini meliputi:
    1. Untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau untuk menyebarkan ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah; atau
       
    2. Untuk menerbitkan apa-apa bentuk versi atau variasi atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut; atau
       
    3. Untuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golongan Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.
       
  5. Adalah ditetapkan mana-mana Umat Islam di Negeri Johor yang mengingkari Fatwa ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.
     
 
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
16 Feb, 2012
Nombor Rujukan: 
Jil. 56 No. 4
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 2003
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 

Warta Membendung Pengaruh Syiah

Tarikh Keputusan: 
12 Jul, 2011
Keputusan: 
 
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
9 Jul, 2013
Nombor Rujukan: 
JMJ.351/04/01/6/30
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 

Mengenai Syiah **

Tarikh Keputusan: 
26 Jul, 1996
Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa (Fatwa) Perundingan Hukum Syarak Negeri Sabah Bil. 2/96 yang bersidang pada 26 Julai 1996 telah membuat ketetapan dan menerima pakai keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia bertarikh 5 Mei 1996  seperti berikut:
 
  1. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
     
  2. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.
     
  3. Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang Negeri yang berhubungan dengan hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif "Hukum Syarak" atau "Undang-Undang Islam seperti berikut:-"Hukum Syarak" atau "Undang-Undang Islam" ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.
     
  4. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
     
  5. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubungan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 

Pindaan Sighah Pewartaan Fatwa Mengenai Fahaman Syiah Yang Telah Diwartakan Pada 16 Januari 1997 **

Tarikh Keputusan: 
12 Sep, 1997
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil 5 / 2012 yang telah bersidang pada September 2012  telah membincangkan mengenai Pindaan Sighah Pewartaan Fatwa Mengenai Fahaman Syiah Yang Telah Diwartakan Pada 16 Januari 1997. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :-
 
Mesyuarat bersetuju dengan pindaan sighah pewartaan Fatwa Mengenai Fahaman Syiah Yang Telah Diwartakan Pada 16 Januari 1997 dengan sedikit penambahan pada Perkara 3 seperti berikut :-
 
Oleh itu mana-mana orang Islam atau kumpulan  yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman tersebut adalah dilarang kerana  ia bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Larangan ini meliputi :-
 
  1. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi pengikut ajaran dan fahaman ini adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
     
  2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
     
  3. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
 
  1. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; atau
 
  1. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan;
 
  1. Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan;
 
  1. Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.
 
 
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 

Hukum Berzikir Dan Berdoa Secara Israr Atau Jahr

Tarikh Keputusan: 
12 Mar, 2012
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil 2 / 2012 yang telah bersidang pada Mac 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Berzikir Dan Berdoa Secara Israr Atau Jahr. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :-
  1. Bagi orang yang sembahyang seorang diri dan makmum adalah lebih baik berdoa dengan suara yang perlahan sekadar hanya dapat didengar oleh dirinya sendiri.
     
  2. Manakala dalam sembahyang berjamaah pula adalah sunat bagi imam membaca doa dengan suara yang boleh didengari oleh jamaahnya jika ia bertujuan untuk mengajar mereka (jemaah), atau untuk mereka bersama-sama mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam dengan syarat janganlah sampai mengganggu para jamaah lain yang sedang melaksanakan sembahyang, beriktikaf dan sebagainya.
     
  3. Ini sebagaimana yang dinukilkan oleh Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibari Rahimahullah bahawa Imam Ibnu Hajar Rahimahullah berkata :
"Adapun berlebih-lebihan pada mengangkat suara di dalam masjid ketika membaca zikir dan doa sekiranya mengganggu orang yang sedang mengerjakan sembahyang, maka sayugia dihukumkan haram".
(Hasyiah I’anatu Al Tolibin, Jilid 1, Halaman 186)
  1. Berkata Al Imam Al Syafie di dalam Al Umm :
‘’Saya memilih bagi imam dan makmum hendaklah berzikir ke hadrat Allah setelah memberi salam, mereka melakukannya secara perlahan kecuali Imam yang bermaksud supaya dapat diikuti, maka boleh dengan suara yang keras dan setelah mengetahui bahawa makmum telah dapat mengikutinya, maka kembali berzikir dengan suara yang perlahan’’
 
(Hasyiah I’anatu Al Tolibin, Jilid 1, Halaman 185)
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Kumpulan Black Metal

Tarikh Keputusan: 
20 Sep, 2011
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil 5 / 2011 yang telah bersidang pada September 2011 telah membincangkan mengenai Kumpulan Black Metal. Mesyuarat telah memutuskan bahawa amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam serta mewartakannya di Negeri Pulau Pinang, demi menjaga kesucian akaidah umat Islam di Negeri Pulau Pinang dan kemaslahatan ummah sejagat.
 
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 

Fatwa Mengenai Pegharaman Perbuatan Meletakan Ancak

Tarikh Keputusan: 
9 May, 2011
Keputusan: 
BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:
 
Dan bahawasanya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:
 
Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:
 
“ Perbuatan meletakkan ancak adalah haram dan sesiapa yang mengamalkannya dianggap berdosa dan dikategorikan sebagai melakukan syirik kepada Allah SWT ”.
 
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
18 Aug, 2011
Nombor Rujukan: 
MNPK.A351.1ST/01/7 JLD 2;PU.Pk.07/2001
Akta/Enakmen: 
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

Fatwa Buku Risalah Korban Agong

Tarikh Keputusan: 
8 Jun, 2010
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 3 / 2010 yang bersidang pada Jun 2010 telah membincangkan mengenai Fatwa Buku Risalah Korban Agong. Mesyuarat telah memutuskan bahawa Risalah Korban Agong adalah salah dan sesat serta bersetuju untuk diwartakan.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Hukum Menyambut Perayaan Songkran

Tarikh Keputusan: 
11 Jul, 2011
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-2 yang bersidang pada 11 Julai 2011  telah membincangkan mengenai Hukum Menyambut Perayaan Songkran. Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :
 
‘Hukum umat Islam menyambut, meraya atau menyertai perayaan Songkran adalah haram kerana ia merupakan perayaan agama Buddha’.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Buku ‘Seks Islam’ Keluaran Kelab Taat Suami (KTS)

Tarikh Keputusan: 
7 Dec, 2011
Huraian Tajuk/Isu: 
Buku ‘Seks Islam’ telah dikeluarkan oleh Kelab Taat Suami (KTS) yang mana kelab ini dipelopori oleh puak-puak dan pengikut setia Ashaari Muhamad iaitu Pengasas Al-Arqam.
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-5 Penggal Ke Sembilan yang bersidang pada 7 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Buku ‘Seks Islam’ yang telah dikeluarkan oleh Kelab Taat Suami (KTS) dan telah membuat keputusan sebagaimana berikut:
 
  1. Buku ‘Seks Islam’ keluaran Kelab Taat Suami (KTS) adalah haram dan tidak boleh dijadikan bahan bacaan umum.
     
  2. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab hendaklah menyekat supaya buku tersebut tidak disebarkan kepada masyarakat umum.
     
  3. Asas utama pengharaman buku ini adalah kerana:
  1. tiada sandaran nas daripada Al-Quran dan Al-Hadis.
  2. tiada sumber rujukan daripada kitab-kitab yang muktabar.
  3. bercanggah dengan akidah dan syariah umat Islam.
  4. terdapat usaha-usaha untuk menghidupkan kembali pengaruh Ashaari Muhamad
     
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Syndicate content